Tuan Guru Ayah Mat Permatang Gading ( 1956 - 2017 )
Oleh : Tengku Yusuff
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Mohd Nordin Bin Haji Ismail Bin Haji Ahmad Bin Uthman dan beliau dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan sekitar tahun 1956.
Tuan Guru Haji Mohd Nordin yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru Ayah Mat merupakan pengasas dan penasihat bagi Markaz al-Aitam, Mukim Kampung Wakaf, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.
Selain mengajar ilmu agama, al-Marhum juga menghabiskan hayatnya berkhidmat sebagai tuan imam di Masjid Kampung Permatang Gading.
Pengajiannya bermula di beberapa institusi pendidikan di Kelantan sebelum berangkat ke Mekah sekitar 1970an dalam usia remaja. Beliau mendaftar sebagai pelajar di Madrasah Darul Ulum.
Di antara guru-gurunya ialah :
1. Syeikh Hasan Masyat
2. Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa al-Fadani
3. Syeikh Abdullah al-Lahji
4. Sayyid Alawi al-Maliki
5. Syeikh Abdul Karim Banjar dan ramai lagi.
Di antara alim ulama' yang pernah bertemu dan ditemukan dengan beliau ialah :
1. Tuan Guru Haji Isa Gerik
2. Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang
3. Tuan Guru Baba Abdul Karim Dala
4. Syeikh Ibrahim al-Banjari Pondok Ledang - Juga muridnya
Beliau meninggal dunia pada 25 Mac 2017 ketika berusia lebih kurang 61 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan. Pada hari tersebut juga, Tuan Guru Haji Hamzah Bukit Tanah meninggal dunia.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - FB Markaz al-Aitam
#KenaliUlamak
No comments:
Post a Comment