Masjid telah didirikan kerja sama dan gotong royong orang ramai serta dana kutipan masyarakat sekitar. Dewan solat masjid dapat memuatkan lebih kurang 400 jamaah.
lebih kurang 20 tahun che ngah menjadi imam di sini. maka diganti pula dengan anaknya iaitu mohd nor bin che ngah. bermula pada tahun 1991 sehingga 2015. dan bilal ialah ismail bin che ngah.
setelah mohd nor meninggal dunia pada tahun 2015. masyarakat mencari pengganti imam bagi masjid mukim banggol pa' esah. maka ust lie dari kg bendang mengambil alih imam rawatib dan jua khatib undangan bagi mukim tersebut.
namun apa yang berlaku pada akhir tahun 2017 permohonan imam telah dibuka oleh pihak MAIK bagi memenuhi jawatan imam di Masjid. di sana ada tiga calon memohon imam tua, setelah ditemuduga dan disoal siasat maka telah termaktub takdir Allah menentukan bahawa wan ab rahman sebagai imam tua dan mohd norhafiz selaku imam muda.pada tanggal 1 oktober 2017 MAIK melantik kedua imam tersebut untuk mengimarahkan masjid banggol pa' esah.
pada mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa seramai 16 orang telah dilantik dan agenda utama ialah penjemaan semula masjid. telah muafakat ahli jawatankuasa bahasa menamakan masjid tersebut dengan nama masjid al-majid. nama ini dipilih sempena nama tuan punya tanah yang telah mewakafkan tanahnya kepada masjid.
Add caption |