Friday, February 9, 2018

Jawatankuasa Khairat Kematian


Khairat Kematian ini telah ditubuhkan atas muafakat ahli jawatankuasa Masjid al-Majid. Lujnah ini adalah dibawah seliaan Ahli Jawatankuasa Masjid. Carta Organisasi adalah seperti dipamerkan.

Sedikit Maklumat mengenai Khairat Kematian ini, Keahliannya adalah untuk warga kampung Banggol Pak Esah. Yuran keahlian Rm35 sekali bayar untuk sekeluarga. manakala ada kematian dipunggut Rm 5 setiap ahli Khairat. sekiranya ada kematian dikalangan ahli maka lujnah ini akan mengendalikan pengurusan jenazah dan menginfaqkan dana Khairat sebanyak Rm 500. sumbangan wang ini akan meningkat sekiranya dana kutupan daripada kalangan ahli meningkat.

Imam Tua Wan Ab Rahman

Nama    :  Wan Ab Rahman B Wan Hamad
No Tel   : 019 9685753
Pengajian tertinggi   :  Ijazah Dakwah dan Kepimpinan

Nama Isteri  : Zarodah Bt Mohd Nor

Imam Muda Mohd Hafiz

Nama    :  Mohd Norhafiz bin Che Noh
Tinggal :  Kg Gong Sawa Banggol Pak Esah
Tel        : 019 9736368

Pengajian Peringkat Tertinggi   :   Diploma  Kolej Universiti Islam Pahang ( KUIPSAS)

Nama Isteri   :  Siti Nurul Aisaini Bt Muhammad Suyuti

Info semasa

Pada 4.2.2018. Maik bersama dengan Jabatan Tanah Daerah Pasir Puteh telah memberitahu kepada seluruh imam -imam masjid mukim bagi daerah pasir dipantau tahap kebersihan dan program mengimarahkan masjid. daripada 61 buah Masjid Mukim di daerah Pasir Puteh hanya 5 buah sahaja akan diambil kira untuk diangkat pertandingan peringkat daerah kategori Masjid Mukim. pada 18 Feb para Panel akan memantau masjid dan memilih masjid yang layak untuk dibawa ke peringkat daerah.

Jadual Kuliah Maghrib



Jadual Imam Masjid Al-Majid


Ahli Jawatankuasa Pengerak Masjid Al-Majid


Masjid memerlukan dana daripada orang ramai

Assalamualaikum kepada kaum muslimin dan muslimat yang ingin menginfaqkan dana wakaf masjid bagi kegunaan kemudahan orang islam menunaikan solat berjamah. kami memerlukan tanah dan tar bagi parkir masjid. Masjid al-Majid tidak ada tanah yang luas untuk pembinaan tempat parkir kenderaan . namun ada dermawan telah mewakafkan tanahnya berhampiran dengan Masjid namun kami tidak ada dana yang banyak untuk menanggung pembinaan tambung tanah, tar dan perhiasan tempat parkir bagi kemudahan kaum muslimin dan muslimat yang hadir untuk solat berjamaah.
tanah tersebut adalah tepi jalan raya dan sisi Masjid. gambar ini diambil dari atas bumbung Masjid

Forum Perdana

Forum ini adalah dianjurkan oleh Masjid Ibrahimi Masjid bandar Pasir Puteh. program ini diadakan selepas solat maghrib sampai selesai jam 11.00 malam walaupun masa begitu lama. namun ahli pendengar tidak bergenjak dan masih terpaku mendengar ulasana daripada dua orang panel forum yang bertajuk cinta Rasulullah bawa ke Syurga.

Tamrin Iqra'


pada musim cuti sekolah, Masjid al-Majid telah mengadakan program tautan hati dengan remaja dan dewasa dalam satu program yang cukup indah ialah program Tamrin Iqra' . program ini berlansung selama tiga minggu selama tiga hari seminggu iaitu hari selasa , rabu dan khamis. modul program ini adalah buku iqra' khas.
           Program ini mendapat sambutan dan insyallah akan diteruskan pada masa masa akan datang.

TAHSIN SOLAT

Ibu Dato Asyraf Wajdi bersama dengan warga wanita di kampong Pak Esah mengadakan program Tahsin Solat di Masjid al-Majid, kehadiran amat memerangsangkan terdiri pelbagai kategori wanita,tua dan muda bersama menjayakan program tersebut. tentatif program bermula jam 2.30 petang jumaat dan selesai jam 4.30 petang . majlis tersebut disudahi dengan jamuan ringgan.semoga program sedemikian dapat manfaat dan dapat dilaksanakan pada waktu akan datang. isnyallah