Friday, March 9, 2018

KUNJUNGAN WAKIL PEJABAT AGAMA JAJAHAN dan MDPP

Taklimat Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan & Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran Wakil Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh dan Majlis Daerah Pasir Puteh ke Masjid Al-Majid Mukim Banggol Pak Esah dan pihak masjid mengucapkan jutaan Terima Kasih diatas kunjungan menyampaikan taklimat tersebut.
جزاكم الله خير كثيرا

Monday, March 5, 2018

Rumahku masjid

🌺1  hari  1  hadis 🌺
*GANJARAN ORANG YANG MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAHNYA*
Saidina Abu Darda r.a. berkata bahawa sy telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Masjid ialah rumah bagi setiap org yg bertaqwa. Allah SWT telah menjamin utk memberi ketenangan, rahmat dan melintas titian sirat utk mendapat keredaanNya dan terus ke syurga kpd org yg telah menjadikan masjid sbg rumahnya."
HR Tabarani dan Bazzar


Sunday, March 4, 2018

KHUSUS ASAS PENGURUSAN MASJID ANJURAN MAIK

Pada 1 sehingga 3
Mac Maik memanggil para imam yang baru dilantik untuk datang menimba ilmu pengurusan masjid.

Saturday, March 3, 2018

INTISARI KHUTBAH JUMAAT | 14 JAMADILAKHIR 1439H / 2 MAC 2018

Antara intipati khutbah jumaat hari ini..

Menurut ulamak terdapat sekurang-kurangnya enam (6) cara untuk mencapai rasa nikmat beribadah kepada Allah :-

1. Bersungguh-sungguh taat kepada perintah Allah dan rasul.

2. Berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.

3. Berusaha menjadikan diri bersifat atau berakhlak mulia.

4. Menjadikan ibadah sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

5. Meyakini semua amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.

6. Beusaha untuk meningkatkan makrifatullah (Mengenal Allah)

Pilihan semestinya ditangan kita...

Friday, March 2, 2018

SECORET NASIHAT BUAT PENGANTIN BARU

Terlebih dahulu pihak masjid mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendirikan rumahtangga. Marilah kita sama-sama mendoakan mereka agar rumahtangga yang didirikan diberkati oleh Allah dengan doa sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu  :

بارك الله لك وبارك عليك وجمعا بينكما في الخير

Maksudnya : " semoga Allah memberkatimu dan keberkatan keatas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan."

Oleh yang demikian, penulis ingin mengajak semua pembaca merenung sedikit nasihat berkaitan hal ini. Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :

1. Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

Selain itu hendaklah saling faham memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Doronglah hidup berkeluarga dengan panduan agama yang sebetulnya kearah keredhaan Allah S.W.T. Contohilah Rasulullah SAW dalam kehidupan berumahtangga agar kita sentiasa diberkati dan mendapat mawaddah dan rahmat di dunia dan akhirat.