Wednesday, February 28, 2018

KULIAH AGAMA MASJID AL-MAJID TERUS MENDAPAT SAMBUTAN

Alhamdulillah pengajian kitab Risalah Al-Misbahul Munir telah masuk bab pada perbincangan mengenai hukum syarak.
Kuliah tersebut diadakan pada setiap hari rabu malam khamis bermula selepas solat maghrib yang disampaikan oleh alfadhil Ustaz Mohd Syarif Bin Mat Noh (Pondok Pasir Tumbuh).

Pihak masjid mendapati semakin ramai ahli jemaah telah hadir ke majlis ilmu yang diadakan dan pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah kepada semua jemaah yang terus hadir dan menyokong majlis ilmu dan aktiviti yang diadakan.

Pihak masjid akan terus menyediakan sebanyak mungkin majlis ilmu dan aktiviti yang insyaAllah boleh dimanfaatkan oleh semua jemaah dan masyarakat setempat.

Marilah sama-sama kita imarahkan masjid ini dan mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu di taman-taman syurga dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Tuesday, February 27, 2018

Ubatilah penyakit riak

Penyakit pasti memudharatkan diri,nampak pada zahir sihat namun disebalik itu kamu ada penyakit yang merbahaya.kenapa merbahaya kerana amalan kamu akan terhapus diwaktu kamu amat memerlukan pahala.banyak amalan baik yang kamu lakukan pasti kamu inginkan ganjaran pahala.namun sifat riak membuatkan kamu menangis tiada gunanya.oleh itu marilah cari penawarnya....

Nak tahu penawarkan...?

Zikrullah banyak banyak...terutamanya la ilahaillah...atau Allah

Siak Azmi B Che Ngah


Bilal Ismail b Che Ngah

Ismail B Che Ngah merupakan bilal bagi masjid almajid sejak 20 tahun yang lalu.

Saturday, February 24, 2018

Makhraj huruf satu perbincangan

Malam selasa setiap minggu, kelas iqra peringkat dewasa dibawah bimbingan ust mud tenaga pengerak masyarakat.beliau banyak membincangan kesilapan dalam bacaan alquran terutama sekali ialah ayat ayat penting dalam solat.
       Cadangan masa akan datang agar semua penuntut memiliki kitab iqra bagi memudahkan pengajian alquran bertalaqqi.

Thursday, February 22, 2018

KRONOLOGI MASJID BANGGOL PA' ESAH

Pada tahun 1961, kg banggol pak esah terletak di dalam daerah bukit abal, pasir puteh. penduduk di sini 100% beragama Islam. Masjid didirikan diatas tanah wakaf. telah berdaftar dengan majlis agama Islam Kelantan MAIK. pada ketika itu imam ialah Che Ngah Bin Che Omar,Imam muda ialah tok wie dan bilal ialah abdul majid b yusuf.
              Masjid telah didirikan kerja sama dan gotong royong orang ramai serta dana kutipan masyarakat sekitar. Dewan solat  masjid  dapat memuatkan lebih kurang 400 jamaah.
lebih kurang 20 tahun  che ngah menjadi imam di sini. maka diganti pula dengan anaknya iaitu mohd nor bin che ngah. bermula pada tahun 1991 sehingga 2015. dan bilal ialah ismail bin che ngah.
setelah mohd nor meninggal dunia pada tahun 2015. masyarakat mencari pengganti imam bagi masjid mukim banggol pa' esah. maka ust lie dari kg bendang mengambil alih imam rawatib dan jua khatib undangan bagi mukim tersebut.

namun apa yang berlaku pada akhir tahun 2017 permohonan imam telah dibuka oleh pihak MAIK bagi memenuhi jawatan imam di Masjid. di sana ada tiga calon memohon imam tua, setelah ditemuduga dan disoal siasat maka telah termaktub takdir Allah menentukan bahawa  wan ab rahman sebagai imam tua dan mohd norhafiz selaku imam muda.pada tanggal 1 oktober 2017 MAIK melantik kedua imam tersebut untuk mengimarahkan masjid banggol pa' esah.
               pada mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa seramai 16 orang telah dilantik dan agenda utama ialah penjemaan semula masjid. telah muafakat ahli jawatankuasa bahasa menamakan masjid tersebut dengan nama masjid al-majid.  nama ini dipilih sempena nama tuan punya tanah yang telah mewakafkan tanahnya kepada masjid.
Add caption

Monday, February 19, 2018

Mari Belajar al-Quran

Kelas Al-Quran dibawah bimbingan ust Pak Dhe telah lama berlansung di Masjid al_Majid Mukim Banggol Pa' Esah . Jadual setiap Hari  Jumaat dan Isnin  selepas asar

Saturday, February 17, 2018

Hiasan sisi telaga penambat jiwa

Persiapan bagi menambat hati juru pemarkahan bagi kategori masjid mukim terbaik dari 61 buah masjid jajahan pasir puteh. Kaum hawa diketuai oleh mok su dan beberapa orang dari kalangan kaum wanita berganding bahu kerah tenaga dan segala idea mencantikkan suasana masjid almajid mukim banggol pak esah.

Thursday, February 15, 2018

Cari barakah dengan alquran

Kaum muslimin menitis bibir suara nada alquran dengan memperbetulkan seni bacaan alquran melalui talaqi berguru.kelas ini berlansung sebelah petang setiap hari isnin  Dan jumaat

Kumpulan yasin fadhilat

Istiqamah terus membaca alquran setiap minggu pada sebelah petang jumaat.yasin fadhilat menjadi pilihan kaun ibu Di kg banggol pa' esah. Apa yang menarik program ini dapat memupuk semangat setia kawan Dan ukhuwah.semoga amalan ini berterusan.

Sunday, February 11, 2018

Sedutan Intipati kuliah

Haji him atau nama yang masyhul ustaz him.semalam 10.2.2017 malam shad beliau telah menyampaikan ilmu aqidah didalam kitab AhliSunnah wal Jamaah.sifat yang wajib bagi Allah diantaranya sifat salbiah yakni menolak Allah taala itu baru.bermakna Allah taala itu kekal selama lamanya mustahil binasa.

Friday, February 9, 2018

Jawatankuasa Khairat Kematian


Khairat Kematian ini telah ditubuhkan atas muafakat ahli jawatankuasa Masjid al-Majid. Lujnah ini adalah dibawah seliaan Ahli Jawatankuasa Masjid. Carta Organisasi adalah seperti dipamerkan.

Sedikit Maklumat mengenai Khairat Kematian ini, Keahliannya adalah untuk warga kampung Banggol Pak Esah. Yuran keahlian Rm35 sekali bayar untuk sekeluarga. manakala ada kematian dipunggut Rm 5 setiap ahli Khairat. sekiranya ada kematian dikalangan ahli maka lujnah ini akan mengendalikan pengurusan jenazah dan menginfaqkan dana Khairat sebanyak Rm 500. sumbangan wang ini akan meningkat sekiranya dana kutupan daripada kalangan ahli meningkat.

Imam Tua Wan Ab Rahman

Nama    :  Wan Ab Rahman B Wan Hamad
No Tel   : 019 9685753
Pengajian tertinggi   :  Ijazah Dakwah dan Kepimpinan

Nama Isteri  : Zarodah Bt Mohd Nor

Imam Muda Mohd Hafiz

Nama    :  Mohd Norhafiz bin Che Noh
Tinggal :  Kg Gong Sawa Banggol Pak Esah
Tel        : 019 9736368

Pengajian Peringkat Tertinggi   :   Diploma  Kolej Universiti Islam Pahang ( KUIPSAS)

Nama Isteri   :  Siti Nurul Aisaini Bt Muhammad Suyuti

Info semasa

Pada 4.2.2018. Maik bersama dengan Jabatan Tanah Daerah Pasir Puteh telah memberitahu kepada seluruh imam -imam masjid mukim bagi daerah pasir dipantau tahap kebersihan dan program mengimarahkan masjid. daripada 61 buah Masjid Mukim di daerah Pasir Puteh hanya 5 buah sahaja akan diambil kira untuk diangkat pertandingan peringkat daerah kategori Masjid Mukim. pada 18 Feb para Panel akan memantau masjid dan memilih masjid yang layak untuk dibawa ke peringkat daerah.

Jadual Kuliah Maghrib



Jadual Imam Masjid Al-Majid


Ahli Jawatankuasa Pengerak Masjid Al-Majid


Masjid memerlukan dana daripada orang ramai

Assalamualaikum kepada kaum muslimin dan muslimat yang ingin menginfaqkan dana wakaf masjid bagi kegunaan kemudahan orang islam menunaikan solat berjamah. kami memerlukan tanah dan tar bagi parkir masjid. Masjid al-Majid tidak ada tanah yang luas untuk pembinaan tempat parkir kenderaan . namun ada dermawan telah mewakafkan tanahnya berhampiran dengan Masjid namun kami tidak ada dana yang banyak untuk menanggung pembinaan tambung tanah, tar dan perhiasan tempat parkir bagi kemudahan kaum muslimin dan muslimat yang hadir untuk solat berjamaah.
tanah tersebut adalah tepi jalan raya dan sisi Masjid. gambar ini diambil dari atas bumbung Masjid

Forum Perdana

Forum ini adalah dianjurkan oleh Masjid Ibrahimi Masjid bandar Pasir Puteh. program ini diadakan selepas solat maghrib sampai selesai jam 11.00 malam walaupun masa begitu lama. namun ahli pendengar tidak bergenjak dan masih terpaku mendengar ulasana daripada dua orang panel forum yang bertajuk cinta Rasulullah bawa ke Syurga.

Tamrin Iqra'


pada musim cuti sekolah, Masjid al-Majid telah mengadakan program tautan hati dengan remaja dan dewasa dalam satu program yang cukup indah ialah program Tamrin Iqra' . program ini berlansung selama tiga minggu selama tiga hari seminggu iaitu hari selasa , rabu dan khamis. modul program ini adalah buku iqra' khas.
           Program ini mendapat sambutan dan insyallah akan diteruskan pada masa masa akan datang.

TAHSIN SOLAT

Ibu Dato Asyraf Wajdi bersama dengan warga wanita di kampong Pak Esah mengadakan program Tahsin Solat di Masjid al-Majid, kehadiran amat memerangsangkan terdiri pelbagai kategori wanita,tua dan muda bersama menjayakan program tersebut. tentatif program bermula jam 2.30 petang jumaat dan selesai jam 4.30 petang . majlis tersebut disudahi dengan jamuan ringgan.semoga program sedemikian dapat manfaat dan dapat dilaksanakan pada waktu akan datang. isnyallah