Saturday, December 1, 2018
Tuesday, October 2, 2018
PROGRAM BAKTI HUFFAZ
Sunday, July 22, 2018
JEMPUT ANDA KE MASJID
Imam masjid menyeru seluruh warga banggol pak esah mengerjakan solat berjamaah di masjid bila azan di launkan.
Monday, June 4, 2018
Monday, April 16, 2018
Sunday, April 1, 2018
ISU SEMASA SYRIA
Sunday, March 11, 2018
Friday, March 9, 2018
KUNJUNGAN WAKIL PEJABAT AGAMA JAJAHAN dan MDPP
Monday, March 5, 2018
Rumahku masjid
*GANJARAN ORANG YANG MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAHNYA*
Saidina Abu Darda r.a. berkata bahawa sy telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Masjid ialah rumah bagi setiap org yg bertaqwa. Allah SWT telah menjamin utk memberi ketenangan, rahmat dan melintas titian sirat utk mendapat keredaanNya dan terus ke syurga kpd org yg telah menjadikan masjid sbg rumahnya."
HR Tabarani dan Bazzar
Sunday, March 4, 2018
KHUSUS ASAS PENGURUSAN MASJID ANJURAN MAIK
Pada 1 sehingga 3
Mac Maik memanggil para imam yang baru dilantik untuk datang menimba ilmu pengurusan masjid.
Saturday, March 3, 2018
INTISARI KHUTBAH JUMAAT | 14 JAMADILAKHIR 1439H / 2 MAC 2018
Antara intipati khutbah jumaat hari ini..
Menurut ulamak terdapat sekurang-kurangnya enam (6) cara untuk mencapai rasa nikmat beribadah kepada Allah :-
1. Bersungguh-sungguh taat kepada perintah Allah dan rasul.
2. Berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
3. Berusaha menjadikan diri bersifat atau berakhlak mulia.
4. Menjadikan ibadah sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.
5. Meyakini semua amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.
6. Beusaha untuk meningkatkan makrifatullah (Mengenal Allah)
Pilihan semestinya ditangan kita...
Friday, March 2, 2018
SECORET NASIHAT BUAT PENGANTIN BARU
Terlebih dahulu pihak masjid mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendirikan rumahtangga. Marilah kita sama-sama mendoakan mereka agar rumahtangga yang didirikan diberkati oleh Allah dengan doa sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu :
بارك الله لك وبارك عليك وجمعا بينكما في الخير
Maksudnya : " semoga Allah memberkatimu dan keberkatan keatas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan."
Oleh yang demikian, penulis ingin mengajak semua pembaca merenung sedikit nasihat berkaitan hal ini. Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran.
Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
1. Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
Selain itu hendaklah saling faham memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Doronglah hidup berkeluarga dengan panduan agama yang sebetulnya kearah keredhaan Allah S.W.T. Contohilah Rasulullah SAW dalam kehidupan berumahtangga agar kita sentiasa diberkati dan mendapat mawaddah dan rahmat di dunia dan akhirat.
Wednesday, February 28, 2018
KULIAH AGAMA MASJID AL-MAJID TERUS MENDAPAT SAMBUTAN
Alhamdulillah pengajian kitab Risalah Al-Misbahul Munir telah masuk bab pada perbincangan mengenai hukum syarak.
Kuliah tersebut diadakan pada setiap hari rabu malam khamis bermula selepas solat maghrib yang disampaikan oleh alfadhil Ustaz Mohd Syarif Bin Mat Noh (Pondok Pasir Tumbuh).
Pihak masjid mendapati semakin ramai ahli jemaah telah hadir ke majlis ilmu yang diadakan dan pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah kepada semua jemaah yang terus hadir dan menyokong majlis ilmu dan aktiviti yang diadakan.
Pihak masjid akan terus menyediakan sebanyak mungkin majlis ilmu dan aktiviti yang insyaAllah boleh dimanfaatkan oleh semua jemaah dan masyarakat setempat.
Marilah sama-sama kita imarahkan masjid ini dan mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu di taman-taman syurga dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.
Tuesday, February 27, 2018
Ubatilah penyakit riak
Penyakit pasti memudharatkan diri,nampak pada zahir sihat namun disebalik itu kamu ada penyakit yang merbahaya.kenapa merbahaya kerana amalan kamu akan terhapus diwaktu kamu amat memerlukan pahala.banyak amalan baik yang kamu lakukan pasti kamu inginkan ganjaran pahala.namun sifat riak membuatkan kamu menangis tiada gunanya.oleh itu marilah cari penawarnya....
Nak tahu penawarkan...?
Zikrullah banyak banyak...terutamanya la ilahaillah...atau Allah
Saturday, February 24, 2018
Makhraj huruf satu perbincangan
Malam selasa setiap minggu, kelas iqra peringkat dewasa dibawah bimbingan ust mud tenaga pengerak masyarakat.beliau banyak membincangan kesilapan dalam bacaan alquran terutama sekali ialah ayat ayat penting dalam solat.
Cadangan masa akan datang agar semua penuntut memiliki kitab iqra bagi memudahkan pengajian alquran bertalaqqi.
Thursday, February 22, 2018
KRONOLOGI MASJID BANGGOL PA' ESAH
Masjid telah didirikan kerja sama dan gotong royong orang ramai serta dana kutipan masyarakat sekitar. Dewan solat masjid dapat memuatkan lebih kurang 400 jamaah.
lebih kurang 20 tahun che ngah menjadi imam di sini. maka diganti pula dengan anaknya iaitu mohd nor bin che ngah. bermula pada tahun 1991 sehingga 2015. dan bilal ialah ismail bin che ngah.
setelah mohd nor meninggal dunia pada tahun 2015. masyarakat mencari pengganti imam bagi masjid mukim banggol pa' esah. maka ust lie dari kg bendang mengambil alih imam rawatib dan jua khatib undangan bagi mukim tersebut.
namun apa yang berlaku pada akhir tahun 2017 permohonan imam telah dibuka oleh pihak MAIK bagi memenuhi jawatan imam di Masjid. di sana ada tiga calon memohon imam tua, setelah ditemuduga dan disoal siasat maka telah termaktub takdir Allah menentukan bahawa wan ab rahman sebagai imam tua dan mohd norhafiz selaku imam muda.pada tanggal 1 oktober 2017 MAIK melantik kedua imam tersebut untuk mengimarahkan masjid banggol pa' esah.
pada mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa seramai 16 orang telah dilantik dan agenda utama ialah penjemaan semula masjid. telah muafakat ahli jawatankuasa bahasa menamakan masjid tersebut dengan nama masjid al-majid. nama ini dipilih sempena nama tuan punya tanah yang telah mewakafkan tanahnya kepada masjid.
Add caption |
Monday, February 19, 2018
Mari Belajar al-Quran
Saturday, February 17, 2018
Hiasan sisi telaga penambat jiwa
Thursday, February 15, 2018
Cari barakah dengan alquran
Kaum muslimin menitis bibir suara nada alquran dengan memperbetulkan seni bacaan alquran melalui talaqi berguru.kelas ini berlansung sebelah petang setiap hari isnin Dan jumaat
Kumpulan yasin fadhilat
Istiqamah terus membaca alquran setiap minggu pada sebelah petang jumaat.yasin fadhilat menjadi pilihan kaun ibu Di kg banggol pa' esah. Apa yang menarik program ini dapat memupuk semangat setia kawan Dan ukhuwah.semoga amalan ini berterusan.
Sunday, February 11, 2018
Sedutan Intipati kuliah
Friday, February 9, 2018
Jawatankuasa Khairat Kematian
Sedikit Maklumat mengenai Khairat Kematian ini, Keahliannya adalah untuk warga kampung Banggol Pak Esah. Yuran keahlian Rm35 sekali bayar untuk sekeluarga. manakala ada kematian dipunggut Rm 5 setiap ahli Khairat. sekiranya ada kematian dikalangan ahli maka lujnah ini akan mengendalikan pengurusan jenazah dan menginfaqkan dana Khairat sebanyak Rm 500. sumbangan wang ini akan meningkat sekiranya dana kutupan daripada kalangan ahli meningkat.
Imam Tua Wan Ab Rahman
No Tel : 019 9685753
Pengajian tertinggi : Ijazah Dakwah dan Kepimpinan
Nama Isteri : Zarodah Bt Mohd Nor
-
Pada tahun 1961, kg banggol pak esah terletak di dalam daerah bukit abal, pasir puteh. penduduk di sini 100% beragama Islam. Masjid didirika...
-
TANGGAL 16 SEHINGGA 20 OKTOBER 2018, PELAJAR DARI DARUL QURAN DAN MAAHAD TAHFIZ KELANTAN TELAH MENGADAKAN PROGRAM BAKTI HUFFAZ BERSAMA DENGA...